Selamat Datang!

•February 20, 2009 • Comments Off

aku memang berlagak gila!

•November 3, 2009 • 12 Comments
aku memang berlagak gila

lepas tu aku pun block dia. Sekian Terima kaseh!

Aku sangat suka!

•October 30, 2009 • 2 Comments

Aku baru menukarkan tema ‘Candy’ ke tema ‘highscore’!  Comel siot!

highscore

Tada!

.

Suara jahat:  “Tukar theme gmail pun nak kecoh!”

Jangan ditanya mengapa

•October 27, 2009 • 2 Comments

Uno cedera kena 4 jahit..

Uno cedera.. doktor kasi 4 jahitan..

sebab aku betol-betol tak punya waktu untuk berblogging sekarang.

Lain kali saja aku update…

Photo by vava voom

Rest in peace, Una

•October 1, 2009 • 6 Comments
DSC05500

1st May 09 - 1st Oct 09 (RIP)

Hoyeh! Dapat toys lagi~!

•September 28, 2009 • 6 Comments

*Terkinja-kinja*

Dah tua-tua lagi pun seronok nak mainan mengalahkan budak! Haha!

Sangat suka! (^3^)

Kucing di atas tidak ada kena mengena dlm entri ini

Uno muka bosan.. hehe

Terima kaseh T (Izati) sebab bagi Kak Ana Foot Soldier Tamama #20 dan terima kaseh juga IMZA & Ayu sebab bagi Set Haruhi Bunny Girl! Akhirnya ada juga toys Haruhi Suzumiya, nendoroid series pulak tu! Arigatok! Arigatok! *tunduk* Cumanya, tak tahu bila boleh pasang tamama tu sebab sekarang sangat sibuk. Tsk! :(

Thanks Ayu! Very de Cumil!

Thanks Ayu! Very de Cumil!

Yang ni hadiah dari Ayu lagi. Dia kata ini tidak dikira sebagai hadiah harijadi sebab satu lagi nak bagi IMZA. Sebenarnya, ada terfikir nak beli couple keychain bila ternampak orang jual tapi tak sangka pulak dapat dari Ayu. Terima kaseh banyak! :)

Siapa suruh tak aktif?

•September 26, 2009 • Leave a Comment

Kan tak pasal-pasal dah tertinggal benda yang menarik untuk di update?

Teruja siot! LOL

Mengapalah tak perasan langsung.. hehe

Dah nak dekat setahun baru perasan. Nampak sangat aku tak aktif sekarang ni. Huhu!

Salam Aidilfitri 2009!

•September 26, 2009 • Leave a Comment

Masih tidak terlewat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat teman-teman dan sahabat-handai. Andai ada salah dan silap, haraplah dimaafkan. Halalkan juga mana yang termakan dan terambil. Kalau tak halalkan, silalah beritahu ok?

Jujur aku katakan, raya tahun ini best.  Sebabnya aku dapat duit raya! Hahaha! Tapi siyes, aku tak bangga okeh! Oh ya, ada orang jeles dan tak puas hati lalu beliau post status di fesbuk! Kelakar, kelakar.

Bak kata Puan Sara, tahun ni aku beraya sakan di tanah kelahiranku.  Mana tidaknya, dari raya pertama sampailah raya kelima kami di Terengganu. Dah lama tak beraya lama macam ni kat kampong. Maklumlah, bukan senang kami nak dapat cuti panjang.  Siapa kata Terengganu meriah pada hari raya haji saja? :D

Nak di pendekkan cerita, sepanjang berada di sana memang MAKANlah kerjanya. Tiap-tiap pagi menu sarapan kami nasi dagang! Pergh! Bukan selalu beb! Memang hazablah nanti nak kuruskan badan.

Dan yang paling penting,  dapat berkumpul bersama sanak-saudara sebelah CekTon.  Hanya setahun sekali! Ok mungkin dua kali setahun.  :)

.

.

.

Oh ya, aku sudah 29 tahun hari ini.  Terima kaseh yang tidak terhingga buat semua di atas ucapan yang diberikan melalui sms, email dan facebook. Domo arigatou gozaimasu!

.

p/s: Tahun ni ekonomi tidak begitu baik  jadi aku agak memahami.  Jika ada pemberian, aku tak tolak..  hehehe

En.Sharim sudah 59 tahun!

•September 5, 2009 • 2 Comments
CekTon beli kek ni.. sedap sunggoh!

CekTon beli kek ni.. sedap sunggoh!

Selamat Hari Jadi En. Sharim!

Semoga di beri kesihatan yang baik dan di murah kan rezeki serta bahagia sentiasa. Amin!

Salam Ramadhan 1430H

•August 25, 2009 • 8 Comments

Selamat berpuasa semua! Sudah hari ke-4 aku puasa hari ni dan harap-harap dapat penoh sebulan. Hehe..Tapi hari ni aku tak bangun bersahur tadi dek kepenatan makan nasi goreng kari ayam waktu berbuka semalam. Sesungguhnya nikmat sunggoh makan waktu berbuka semalam. Hari ni kena kurangkan makan byk sewaktu berbuka sebab aku semakin melebar dan berat. Eh dah lari topik pulak..Huuu…

Ya, aku tahu blog aku sangatlah ber’sawang’ sana sini sejak terputusnya aku dengan dunia internet. Malas aku nak tulis panjang lebar apa yang berlaku dengan aku sepanjang tak ada internet ni. Nak pulak aku ni semakin malas mengadap komputer sekarang ni sebab tangan aku perlu berehat (melainkan buat kerja dan main game :P ). Kalau aku update, takot tak sempat nanti tergantong macam entri pulau perhentian tu. Hehehe.  Bila musim gawat dan jobless, aku perlu menjimatkan duit.  Dari pergi ke cyber cafe, baiklah aku pinjam P1 IMZA sewaktu dia pergi berkerja. Sharing is caring kan? Kan? :)

Sebenarnya, aku ada agenda lain selain dari mengucapkan selamat berpuasa kepada kawan-kawan. Ok straight to the point, bersempena bulan ramadhan ni, aku nak  tambah pahala yang kurang ni dengan menolong kawan aku iaitu Puan Schazwani menjual beberapa tudung milik beliau.  Semuanya baru sekali pakai. Ada 1 je yang tak pernah beliau pakai. Aku tengok tudung dia ni tetiba jadi rambang mata tapi harusku tahan dari membeli.  Maklumlah… semua ni nafsu ( Hehehe padahal poket kering).

Ok mari lihat model tempatan, Schazwani menggayakan tudung. :P

Tudung selendang Polka Dot

Tudung selendang Polka Dot

Continue reading ‘Salam Ramadhan 1430H’

Pergi tak kembali

•August 14, 2009 • 2 Comments

Asri Rabbani meninggal – Rebah sewaktu pegang mikrofon pada sesi latihan di RTM

Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my

Jenazah Asri dibawa keluar dari rumahnya di Kampung Bukit Kanchong untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam malam tadi.


KUALA LUMPUR – Vokalis dan ketua kumpulan nasyid popular Rabbani, Mohd. Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia secara mengejut selepas rebah di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri di sini semalam.

Beliau yang mesra dengan panggilan Ustaz Asri di kalangan rakan-rakan artis menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.30 pagi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar.

Anak kelahiran Bukit Naga, Klang itu tiba-tiba jatuh dan tidak sedarkan diri semasa menjalani sesi latihan untuk persembahan majlis pelancaran program Syahadah musim kelima terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Continue reading ‘Pergi tak kembali’