Kelmarin..

Sedang aku bosan-bosan melayan internet, aku pon mengambil kesempatan untuk melihat profail cekpah. Aku suka baca komen dia & suka tengok apa yang dia komen kat kawan dia. Saja suka-suka cari hobi. [Sebenarnya aku nak pantau kegiatan dia]

Tiba-tiba aku terpandang akan sesuatu yang biasa ku lihat.

macam pernah ku lihat tapi di mana ya?

macam pernah ku lihat tapi di mana ya?

Bukan biasa ku lihat, malah ianya seperti hasil kerja aku! oh bukan seperti lagi, memang ianya hasil kerja aku! XD XD

*gelak-gelak sampai pengsan*

Korang jangan ketawa ya? Aku gelak sorang je tak apa. Hee.. Aku gelak bukan apa. Design kad ni aku buat untuk sesiapa yang nak tukar kad raya dengan aku masa raya 2005 (kot?) . Maseh aku ingat lagi yang ketika kad ini dibuat aku masih lagi bekerja di KDE*B A*nz*again & aku cetak menggunakan printer syarikat tersebot (oh tidak!). Bagi aku ianya tersangatlah huduhnya berbanding orang lain.  Dahlah stok segera. Memang tak layan. Tapi setelah berbual dengan kawan-kawan, aku rasa aku patot bersyukur & berterima kaseh sebab ada orang sudi pakai design aku ini untuk menyampaikan salam aidilfitri mereka.

.

Aku mencari fail psd tersebot kot masih ada lagi. Puas sudah aku godek fail-fail lama di dalam CD-CD hasil kerja aku dengan syarikat terdahulu tetapi hampa. Tak lama kemudian baru aku teringat ada satu CD hilang semasa aku bekerja di C*SB*B, klang. Kat dalam CD tu ada gambar²,  kerja² freelance dan portfolio aku. Kemungkinan fail psd itu hilang sekali bersama-sama CD itu. Huu…

.

Oh ya, commentestate.com ni aku dapat tahu yang mereka memang suka ambil hasil kerja orang. Akan tetapi di dalam website nya telah ditulis :

.

All images, photos, animations and graphics appearing on CommentEstate.com are the property of their respective owners.

.

Jadi apa yang boleh aku buat? Senyum sudah! :)

.

Dan jika ada (aku kata jika lah kan) barangsiapa yang mahu menggunakan ekad ni untok raya tahun depan, sila klik >>sini<< untuk mendapatkan code untuk myspace & friendster. :P

.

~ by Fishballisme on November 10, 2008.

17 Responses to “Kelmarin..”

  1. gilerk la… lme dh design tu… 2005. :D hebat~~~

  2. diorg kena bayar royalty nih. hish.. IP bukan boleh wat memain. boleh saman di dalam court! ^_^

  3. Hani:
    Ana tak rasa hebat tapi rasa lawak hehehe..

    En. Samael:
    Huuuu… diorang buat pon cam percuma, takkan aku nak mintak royalti.. :P
    Tak berbaloi nak saman. Hahaha..

    Tapi sekurangnya bagi kredit kat aku pon ok la kan? :)

  4. Wahhh.. bangge giler tuh! Klau sy buat, konpem tadek sape nak

  5. Ayu:
    Tapi ana malu la ayu.. design kad ni buruk.. ana tak suka sebenarnya.. hehehe

  6. hik hik.. kelakar la.. ana, faiz booking utk buat kad kawin faiz utk tahun 2010. tapi dah bole dicetak utk 2008 ok? hahah

  7. Faiz:
    Nak cetak tahun ni?? Jangan main gila tau faiz haha~

  8. design baru takde? ;)

  9. Zariel:
    Takde ler… hehehe

  10. eh benda ni terjadi pd ruby gak la..raya tahun nila..penat ruby design kad,pastukan derang amek edit,letak pic derang,pastu letak kad ucapan yg ruby wat,pastu letak nama derang…haaaiz at least bg la kredit kan

  11. Ruby:
    Wahh itu sangat melampau!! Itu langsung tak sensitip letak gamba lagi! eii.. ruby ada cakap gan derang tak?

  12. haish.. penat jer kita wat pasti orang lain amik credit kan?
    lain kali kena letak link nama kita besar-besar.. LOL

  13. Saffa:
    Ha tu lah dia. Nak kena wat watermark besau-besau…

  14. aku nak kad raya jugak@!~

  15. Jiji:
    Eh ko dah dapat. masa ni aku ada post kat maspes ko la ji~

  16. cool.. tp dorg patut kne kasi kredit sket la pd owner. ape la pnt org cari idea :)

  17. Star:
    Hehehe tu ah..

Leave a Reply