Malunya saya!

Semalam badan kepenatan tidak cukup tidor. Mata sudah beberapa kali digosok.  Mulut sudah beberapa kali menguap. Lantas membaringkan diri mahu melelapkan mata.

Seperti biasa sebelom mengulit mimpi, menghantar sistem pesanan ringkas kepada IMZA adalah tanggongjawab (walaupon  banyak kali lupa) .

Dalam keadaan mata separoh tertutup, jari mula memicit butang Nokia yang dipinjamkan oleh IMZA buat sementara waktu.

.

Taip <Gnite muah syg IMZA> cari nama IMZA, jumpa dan hantar.

.

zzZZZZZzzzzzZZZZZzzz

.

Sejam lebih kemudian, terjaga dek kerana bunyi pesanan masok. IMZA menghantar sistem pesanan ringkas membalas:

<Ini bukan IMZA tapi ABADI. Ni Ikramlah! Hehe>

.

*tenyeh mata*

.

Hah??!

.

Segar bugar mataku dibuatnya. Aduh!  Macam mana boleh tersalah hantar? Adik IMZA pulak tu. Balas semula <Alamak! Sori salah hantar!> dan dengan sepantas kilat aku memicit butang nokia dan menghantar sistem pesanan ringkas kepada IMZA menceritakan apa yang terjadi.

.

Sebenarnya, w850i aku rosak. Tidak ada bajet nak menghantar baiki. Mujur IMZA ada hp lebih tapi segala nama di contact hp aku terbalik  di Nokia.

Contoh: Ikram IMZA -> IMZA Ikram.

Moral dia, jangan menggunakan hp ketika mamai. Heee Malunya saya!

~ by Fishballisme on June 19, 2009.

14 Responses to “Malunya saya!”

  1. x sengaja takpe ana…

  2. bung freak:
    walaupon tak sengaja, malu tetap malu.. hahaha

  3. Ahahahahaahah.. balik nnt mesti Ikram gelak² citer nih nnt :) )

  4. heheh… xpe2.. sumer org pun pernah buat..

    remember “miss u already?”

    ade org bg kat aku mase die baru nk naik bas balik penang. hehe.. trus hilang penat balik dari redang dgn company almost synergic..

    ^_^

  5. Ayu:
    AHAHAHAHA.. harap dia cepat2 lupa.. ahahaha

    Mael:
    Hahahaha kelakar lah time tu. almost synergic. macam kenal! hahaha

  6. muahahahhahah ko nehh@!~ takpe nanti minta adi pakai tag nama IMZA ikram

  7. Jiji:
    Tag nama? Ikram tu bukan nama adie tapi nama adik dia, cuma aku la pi letak Ikram Adie sebab takot tersalah “Ikram”.. tapi pikir2 balik.. mana ada Ikram lain dah haahha

  8. hahaha.. kes tersalah hantar kalau tak biasa berlaku bukan seorang pengguna henset tegar la tu.. ahaks.. memandai je aku neh..

  9. Nikillas”
    HEhehehe..siapa ada henset dia akan menjadi pengguna tegar.. hehe

  10. hahaha..tersalah hantar rupanya..
    malu200..dah penah jadi kat saya jugak !

  11. Kusu:
    Malu yang tersipu-sipu.. kekekek

  12. lawak la ko ni ana heheheh

  13. *sengih*

  14. Kakfid:
    Eh sengih je? hehehe

Leave a Reply